study hArd, study smart.. d0nt be jahat, this is my nasihat..


Tuesday

BANK SOALAN TAUHID TAHUN 2 :

1. Mengapakah dinamakan ilmu Tauhid?
A. kerana perkara utama yang dihuraikan dalam ilmu ini ialah
mentauhidkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala
B. kerana perkara utama yang dihuraikan dalam ilmu ini ialah
mencari Allah Subhanahu wa Ta‘ala
C. kerana perkara utama yang dihuraikan dalam ilmu ini ialah
mengasihi Allah Subhanahu wa Ta‘ala
D. kerana perkara utama yang dihuraikan dalam ilmu ini ialah
memuji Allah Subhanahu wa Ta‘ala

2. Ilmu tauhid ialah ilmu yang menghuraikan segala perkara yang berhubung dengan
A. Tafsir al-Quran dan al-Hadits
B. Kepercayaan terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala, sifat-sifat-Nya
C. Sejarah Islam dan perkembangannya
D. Hukum-hakam dan masalah-masalah ibadat.

3. Untuk mengenal Allah Ta’ala wajib bagi kita mempelajari __________________
A. Zat - Zat-Nya
B. Pengetahuan Ugama Islam
C. Sifat-Sifat Nya
D. Ilmu Tauhid.

4. Berbeza dengan segala yang baru adalah maksud bagi sifat wajib bagi Allah iaitu:
A. Mukhalafatuhu Lil Hawadits ( مخالفته للحوادث )
B. Wahdaniah (وحدانيه )
C. Qudrat ( قدرة)
D. QiamuhuBinafdih ( قيامه بنفسه)

5. Kalam ( كلام ) dan Basar ( بصر) ertinya
A. Berkata-kata dan Melihat
B. Berkata-kata dan Mengetahui
C. Mendengar dan Melihat
D. Melihat dan Berkata-kata

6. Sifat-sifat Allah terbahagi kepada 3 iaitu
A. Wajib, Mustahil dan Sunat
B. Wajib, Mustahil dan Harus
C. Sunat, Harus dan Wajib
D. Wajib, Makruh dan Harus

7. Nama-nama selain ilmu tauhid adalah seperti berikut kecuali
A. Ilmu Usulluddin
B. Ilmu Kalam
C. Ilmu Syariah
D. Ilmu Ma’rifat

8. ___________ bagi Allah mengadakan atau meniadakan sesuatu.
A. Wajib
B. Mustahil
C. Harus
D. Sunat

9. Iradah(ارادة ) dan Qudrah(قدرة ) ertinya
A. Berkuasa dan berkehendak
B. Berkata-kata dan berkuasa
C. Berkehendak dan berkuasa
D. Melihat dan berkuasa

10.Sebahagian ulama mengatakan bilangan suhuf yang diturunkan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul adalah sebanyak __________
A. 100
B. 105
C. 110
D. 115

11.Berikut adalah nama-nama nabi dan rasul yang menerima suhuf , kecuali __________________
A. Nabi Isa
B. Nabi Musa
C. Nabi Idris
D. Nabi Ibrahim

12.Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi __________ dalam bahasa ____________
A. Nabi Musa - bahasa Ibrani
B. Nabi Isa - bahasa Ibrani
C. Nabi Muhammad - bahasa Arab
D. Nabi Daud - bahasa Suryani

13.Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi __________ dalam bahasa ____________
A. Nabi Musa - bahasa Ibrani
B. Nabi Isa - bahasa Ibrani
C. Nabi Muhammad - bahasa Arab
D. Nabi Daud - bahasa Suryani

14.Kitab Injil diturunkan kepada Nabi __________ dalam bahasa ____________
A. Nabi Musa - bahasa Ibrani
B. Nabi Isa - bahasa Ibrani
C. Nabi Muhammad - bahasa Arab
D. Nabi Daud - bahasa Suryani

15.________________ ialah seorang lelaki yang diberi wahyu oleh Allah S.W.T untuk dirinya sahaja.
A. Nabi
B. Malaikat
C. Rasul
D. Khalifah

16.Sifat-Sifat Wajib bagi Rasul ada Empat
Iaitu:
A. Benar, Jujur, Menyampaikan perintah Allah dan
bijaksana
B. Benar, Setia, Menyampaikan perintah Allah dan
bijaksana
C. Benar, Jujur, Menyembunyikan dan
bijaksana
D. Benar, Jujur, Menyampaikan perintah Allah dan
Bodoh

17.Bilangan nabi ialah _________ orang dan ______ daripada mereka diutus menjadi Rasul.
A. 313 dan 124,00
B. 124,000 dan 313
C. 120, 000 dan 300
D. 200, 000 dan 300

18.__________ ertinya terpelihara daripada maksiat, dosa dan perkara yang mencemarkan kemuliaan Rasul menyampaikan wahyu Allah wa Ta’ala.
A. Rasul
B. Nabi
C. Ma’sum
D. Al-Fathanah

19.______________ ertinya rasul-rasul yang mempunyai kecekalan hati, sabar menanggung penderitaan dan tabah menempuh pelbagai rintangan semasa menegakkan agama Allah..
A. At- Tabligh
B. Al-Amin
C. Ma’sum
D. UlulAzmi

ADAB BELAJAR :-




Menuntut ilmu adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam sama ada ilmu fardu ain atau pun ilmu fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan di akhirat. Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Alaq ayat 1-4 yang bermaksud :
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam”.



Sesungguhnya ilmu itu adalah nur (cahaya) yang dihidayahkan Allah SWt kepada hamba-hambanya yang Sholeh dan yang bersungguh-sungguh.. Maka sebelum kita masuk ke dalam suatu majlis ilmu ada beberapa hal yang semestinya kita perhatikan:

a. Jaga kebersihan badan dan pakaian dan hati. b. Berlaku sopan dan hormat kepada teman-teman, yaitu dengan mengucapkan salam dan berjabat tangan ketika berjumpa. c. Hormati dan dengarkan nasehat-nasehat ustadz karena dialah sumber ilmu ,seperti dokter bagi orang yang sakit. d. Bertanya kepada guru terhadap apa yang belum dipahami karena bertanya adalah pintu ilmu. e. Baca pelajaran dirumah, karena mengulang pelajaran akan memperkokoh pemahaman dan memperkuat ingatan. f. Jangan lupa untuk selalu berdoa kepada Allah SWt supaya mendukung dan memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.



Adab-adab Ketika Belajar

* Membaca Doa Penerang Hati
* Duduk dengan sopan

* Mendengar penerangan guru dengan teliti

* Berlumba-lumba untuk belajar
* Sabar ketika belajar

* Sentiasa mengulangkaji pelajaran
* Menghormati guru anda

* Mendisiplinkan diri
Kebaikan Menuruti Adab-adab Ketika Belajar
* Mendapat keberkatan daripada Allah SWT
* Anda akan disenangi guru dan rakan
* Mudah memahami dan menerima ilmu yang diajar



Akibat Mengabaikan Adab Ketika Belajar


* Tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT * Dibenci oleh guru dan rakan anda * Sukar memahami dan menerima ilmu yang diajar.


Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan mengikuti segala adab-adab yang telah digariskan supaya ianya dapat menyemai cintakan ilmu di dalam diri kita. Dengan mengamalkan adab-adab tersebut, insyaallah kita akan menjadi pelajar cemerlang yang disayangi guru dan rakan serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Monday

AURAT :-



Apa itu aurat?


Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diartikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.

Dalil yang mewajibkan bagi menutup aurat:


(يَابَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلاَ تُسْرِفُوا إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ) (الأعراف: 31).

Maksudnya:( Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid [534]534, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan [535]535. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.)




BATASAN-BATASAN AURAT :-

A.Aurat di khalayak awam

1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.

2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

B.Aurat dengan ahli keluarga

1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut

2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut

C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah)

1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut

2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut

*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.

D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)

1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.

2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut



HIKMAH MENUTUP AURAT

1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa.

2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. Sebagai perumpamaan, andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu show yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk mendapatkan wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya.

3. Membezakan samada wanita itu muslim atau non-muslim supaya mereka lebih mudah untuk dikenali. Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim.

4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki





.

Sunday

ADAB BERCAKAP :




Rasulullah S.A.W. bersabda,

“Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah”.


1.Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar.


2. Bercakaplah secara berdepan dengan bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

3. Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan ianya belum habis dibincangkan maka jangan diutarakan tajuk baru atau memintas perbincangan tersebut.

4. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

5. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkan tentang sesuatu yang menggembirakannya.

6. Jangan sesekali meniru gaya percakapan orang yang jahil tentang agama.

7. Jangan bercakap secara berkumam mulut.

8. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, mencaci dan fitnah.

9. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, sebaiknya panggillah dengan nama yang memuliakan mereka.

10. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.

11. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.


AZAN dan IQAMAH :-



PENGERTIAN AZAN DAN IQAMAH

  • Azan dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu.
  • Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara‘ pula diertikan sebagai suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.
  • Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk membangkitkan para hadirin mengerjakan sembahyang.


HUKUM AZAN DAN IQAMAH

  • Azan dan iqamah adalah sunnah mu’akkadah secara kifayah sebelum menunaikan setiap sembahyang fardhu sama ada dilakukan secara berjama‘ah atau bersendirian, sama ada sembahyang qadha’ atau tunai bagi orang lelaki.
  • Bagi lelaki yang bersembahyang bersendirian, kedua-duanya (azan dan iqamah) disunatkan secara ‘aini. Bagi kaum wanita pula, sama ada berseorangan atau berjama‘ah disunatkan melakukan iqamah sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dengan meninggikan suara mereka.

LAFAZ AZAN DAN ATURAN MELAKUKANNYA

  • Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tawhid hanya sekali sahaja.
  • Lafaz tersebut adalah seperti berikut:

  • Pada azan subuh pula ditambah kalimah sebanyak dua kali selepas kali yang kedua.
  • Sembahyang-sembahyang sunat yang dilakukan berjama‘ah seperti sembahyang sunat hari raya, tarawih dan sebagainya tidak disunatkan azan dan iqamah. Cuma dilaungkan semasa hendak menunaikannya dengan lafaz atau pada sembahyang tarawih diucap .


LAFAZ IQAMAH DAN ATURANNYA

  • Lafaz iqamah mempunyai sebelas kalimah, setiap kalimah diucapkan hanya sekali sahaja kecuali takbir yang pertama dan akhirnya diulang sebanyak dua kali. Begitu juga dengan lafaz yang diucapkan selepas kalimah juga diulang sebanyak dua kali.
  • Lafaz iqamah adalah seperti berikut:

  • Syarat-syarat iqamah adalah sama seperti azan, tetapi dibolehkan jika dilakukan oleh kaum wanita sama ada semasa sembahyang bersendirian atau berjama‘ah sesama mereka.
  • Selain itu, iqamah juga disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang terlalu lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamah hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyari‘atkan bagi memberitahu mereka yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang.
  • Perkara-perkara sunat semasa iqamah juga hampir sama dengan azan, cuma disunatkan kepada orang yang mendengar iqamah menjawab dengan kalimah semasa bilal menyebut yang kedua.




video

kami :-|

My photo
Bangi, Selangor, Malaysia
biar sLekeh tP biJak, jGn mach0 tP banGang..