study hArd, study smart.. d0nt be jahat, this is my nasihat..



Powered By Blogger

Friday

GERAKAN DAN BACAAN DALAM SOLAT :-




1. BERDIRI TEGAK MENGADAP KE ARAH KIBLAT



Berdiri tegak mengadap kiblat kemudian hendaklah bersedia untuk niat semasa Takbiratulihram .




NIAT



Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut :

i) Niat solat subuh

أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.”


ii) Niat Solat Zuhur

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”

iii) Niat Solat Asar

أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”


iv) Niat solat Maghrib

أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala,
Allah Akbar.”

v) Niat Solat Isya`

أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ

“Sahaja aku sembahyang fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala ,
Allah Akbar”.



TAKBIRATUL IHRAM



Selepas kita berdiri tegak sambil mengadap ke arah kiblat, maka mulailah kita sekarang melakukan takbir, yakni dengan mengangkat kedua tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan dengan telinga dihadapkan kearah kiblat sambil mengucapkan ALLAHU AKBAR ( Allah maha besar) yang disertakan dengan niat. Niat ini adalah perbuatan hati . Adapun bagi orang perempuan hendaklah ianya tidak diangkat terlalu tinggi ( sebagaimana dlm gambarajah).



Takbir permulaan ini di namakan TAKBIRATUL IHRAM sedangkan takbir-takbir yang lain TAKBIR INTIQAL = takbir untuk perpindahan dari satu gerakan ke satu gerakan solat yang lain dan takbir ini sebagai pemberitahuan . Dalam keadaan yang seperti ini kita harus menundukkan muka ke arah sajadah (tempat sujud).


TANGAN BERSEDAKAP


Selepas kita melakukan takbiratul ihram, kedua belah tangan disedekapkan, iaitu tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri, antara pergelangan tangan kiri . Dalam keadaan yang demikian kita membaca doa iftitah (doa pembukaan).




BACAAN DOA IFTITAH


اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.

“Allah maha beasr lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”



MEMBACA SURAH AL-FATIHAH





Selepas membaca doa Iftitah diteruskan dengan membaca surah al-Fatihah, iaitu :

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( 1 )

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ( 2 ) الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ( 3 )

مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( 4 )

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ( 5 )

اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ ( 6 )

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ ( 7 )



MEMBACA SURAH-SURAH YANG PENDEK


Selepas membaca surah al-fatihah, di teruskan dengan membaca surah-surah Al-Quran yang pendek bagi solat berjemaah dan bagi yang solat sendirian disunatkan membaca surah-surah yang panjang . Adapun surah –surah yang dibaca sesudah al-fatihah itu ialah antara lain :

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ( 1 ) اللَّهُ الصَّمَد ( 2 ) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ( 3 )



RUKUK


Setelah selesai membaca surah-surah yang pendek , kemudian lakukan rukuk iaitu dengan mengangkat tangan setinggi telinga sambil membaca ALLAAHUAKBAR, kemudian diteruskan dengan badannya membongkok, tangannya memegang lutut dan ditekankan supaya antara punggung dan kepala rata. Sedangkan mata tetap memandang kearah sejadah.(tempat sujud)

Dalam keadaan rukuk ini kita hendaklah membaca tasbih sebanyak tiga kali iaitu:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ






I'TIDAL


Sesudah selesai melakukan rukuk di teruskan dengan I`tidal iaitu bangkit berdiri tegak dengan mengangkat kedua tangan sampai ke telinga dengan jari-jari terbuka seperti ketika TAKBIRATULIHRAM seraya membaca TASMI’ iaitu

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه





Ketika berdiri tegak seperti ini, maka tetap ditujukan ke arah sujud .(tempat sujud) dan membaca :

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ



SUJUD


Selepas kita melakukan I`tidal serta selesai membaca bacaan-bacaanya , kemudian kita melakukan sujud , iaitu dengan mengucapkan takbir intiqal : ALLAAHU AKBAR sambil meletakkan dahi dan hidung ke lantai . Mula-mula kedua lutut dijatuhkan ke lantai disusul kedua tapak tangan terbuka kemudian diikuti dahi dan hidung juga di lantai sementara letak kedua tangan direnggangkan bagi lelaki dan dirapatkan bagi perempuan.




Hendakhlah membaca di dalam sujud ini sebanyak tiga kali tasbih yang berikut :

سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ


DUDUK ANTARA 2 SUJUD

Setelah sujud , kita mengangkat kepala sambil mengucapkan takbir intiqal ALLAAHU AKBAR, kemudian terus duduk dengan tenang . Duduk ini dinamakan duduk antara dua sujud , sebab masih ada duduk yang lain lagi.

Ketika duduk sebegini , kedua tapak tangan berada di atas lutut sambil memegang hujung bahagian lutut seolah-olah mengengamnya. Duduk antara dua sujud ini dinamakan duduk IFTIRASY , kerana tapak kaki yang kiri diduduki, tapak kaki yang kanan ditegakkan di atas lantai sementara hujung jarikaki mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh).




Ketika duduk seperti ini kita membaca :-

رَبِ ّاِغْفِرْلِيِِْ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ
وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ


SUJUD KEDUA

Setelah kita duduk antara dua sujud , kita sujud yang kedua kalinya seperti sujud yang pertama dengan mengucapkan takbir intiqal “ALLAHUAKBAR” membaca tasbih seperti pada sujud yang pertama.



Sampai pada sujud kedua ini , kita telah mendapat satu rakaat .


Jadi yang disebut satu rakaat ini terdiri dari :

  1. Berdiri dengan tangan bersedekap di dada.
  2. Rukuk.
  3. I'tidal
  4. Sujud
  5. Duduj di antara dua sujud, dan
  6. Sujud Kedua



DUDUK TASYAHHUD AWAL



Dalam solat fardhu yang mempunyai jumlah rakaatnya tiga atau empat , maka dalam rakaat kedua kita duduk untuk membaca tasyahhud / tahiyyat awal. Ketika duduk tasyahhud awal ini telapak kaki kiri diduduki, sedangkan kaki kanan ditegakkan.




Disebut tasyahhud kerana pada bacaan tahiyyat ada dua kalimat syahadat, , manakala disebut tahiyyat kerana dimulai dengan kata-kata ATTAHIYYATU, yang beerti penghormatan . Tasyahhud ada dua jenis , iaitu tasyahhud awal dan tasyahhud akhir.

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد .




TASYAHHUD AKHIR



Tasyahhud akhir dilakukan ketika duduk tasyahhud akhir (penghabisan) . Duduk tasyahhud akhir ini berlaku pada rakaat yang ketiga ( untuk solat maghrib) atau rakaat ke empat pada solat zuhur , asar dan isyak dan rakaat kedua untuk sembahyang subuh.

Ketika duduk tasyahhud akhir ini punggung didudukkan di atas lantai , kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan .





Adapun bacaan tasyahhud / tahiyyat akhir ialah seperti berikut :

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وعلى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Selepas itu disambung dengan membaca doa di bawah ini:

اَلْلَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ القَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ المَسِيْحِ الدَجَّالِ. يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قُلُوْبَنَا عَلَى دِيْنِكَ وَعَلَى طَاعَتِكَ .



SALAM


Setelah selesai membaca tahiyyat akhir, kemudian kita memberi salam , iaitu dengan memalingkan kepala ke kanan sehingga ke pipi kanan nampak seluruhnya dari arah belakang sambil mengucapkan kata salam, iaitu :

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله



Selanjutnya di susuli dengan salam kedua iaitu menoleh ke kiri, sehingga pipi yang kiri juga kelihatan jelas dari arah belakang sampai mengucapkan salam:

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله





Monday

SOLAT FARDHU :




ERTI SOLAT :

Solat ialah ibadat yang terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir ( Allahu Akbar) dan diakhiri dengan salam (Assalamualaikum).

KEDUDUKAN SOLAT DALAM ISLAM

Solat dalam islam adalah menepati kedudukan yang tidak dapat ditandingi oleh amal ibadat yang lain . Ia merupakan tiang agama di mana ia tidak dapat tegak kecuali dengannya. Dalam hal ini Rasulullah r bersabda :

رأس الامر الاسلام ، وعموده الصلاة وذروة سنامه الجهاد في سبيل الله.

“Pokok urusan ialah islam , sedangkan tiangnya ialah solat dan puncaknya adalah berjuang di jalan Allah.”



Disamping itu solat juga merupakan tiang agama dari semua amal perbuatan lainya, dan juga merupakan salah satu amalan yang pertama sekali dihisab . sebagaimana hadis Rasulullah r :




أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ عَلَيْهِ العَبْدَ يَوْمَ القِيَامَةِ الصَّلاَةَ ، فَإِنْ صَلُحَتْ صَلُحَ سَائِرِ عَمَلِهْ ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ .

(رواه الطبراني)



“Amalan yang mula-mula dihisab ( diperhitumgkan ) dari seorang hamba pada hari kiamat ialah solat . Jika solatnya baik , maka baiklah seluruh amalanya sebaliknya jika buruk solatnya ,maka buruklah pula seluruh amalannya .”

TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG SOLAT :

1. Kawasan perkuburan.
2.Gereja dan Candi/Biara.
3.Tempat-tempat pembuangan kotoran binatang.
4.Tempat penyembelihan binatang
5.Tengah-tengah jalanraya.
6.Tempat perteduhan binatang .
7.Tempat pemandian umum.
8.Atas atap kaabah.

SYARAT-SYARAT SOLAT:

1. Beragama Islam
2. Baligh
3. Suci dari hadas
4. Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat.
5. Menutup aurat. Aurat bagi wanita,seluruh tubuhnya kecualai muka dan kedua tapak tangannya. Sedangkan aurat bagi laki-laki ialah antara pusat dan lutut.
6. Telah masuk waktu solat yang telah ditentukan.
7. Menghadap kearah kiblat


RUKUN-RUKUN SOLAT :

1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
5. Rukuk dengan toma`ninah.
6. I`tidal dengan toma`ninah
7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
10. Membaca tasyahud akhir
11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
12. Membaca salam yang pertama

Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.


PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT :

1. Jika salah satu syarat rukunnya tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan
2. Terkena najis yang tidak dapat dimaafkan .
3. Bekata-kata dengan tidak sengaja walaupun dengan satu huruf yang ada pengertian
4. Terbuka auratnya
5. Makan minum walaupun hanya sedikit
6. Mengubah niat, misalnya ingin memutuskan solat
7. Bergerak berturut-turut tiga kali seperti melangkah atau berjalan
8. Membelakangi kiblat
9. Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud.
10. Tertawa terbahak-bahak
11. Mendahului imamnya.

Murtad ( terkeluar dari agama islam).



Tuesday

NABI DAN RASUL :



Pengertian Nabi Dan Rasul :

Nabi dan Rasul adalah manusia pilihan allah swt, yang bertugas memberi petunjuk kepada manusia tentang keesaan Allah SWT dan membina mereka agar melaksanakan ajaran-Nya. Ciri-ciri mereka dikemukakan dalam Al-Qur’an, sebagaimana firman Allah SWT.

“… ialah orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah. Mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan.” (Q.S. Al Ahzab : 39).

Nabi adalah seseorang yang menerima wahyu dari allah swt yang di tujukan untuk diri nya sendiri, sedangkan rasul adalah seseorang yang menerima wahyu dari allah swt, untuk disampaikan kembali kepada umatnya.


4 sifat yang wajib dan 4 sifat yang mustahil dan juga satu sifat jaiz :

  1. shidiq ( benar) maka mustahil kijib ( dusta )
  2. amanah ( dapat dipercaya) maka mustahil Khianat ( curang)
  3. tabligh ( menyampaikan wahyu yang diterimanya) maka mustahil khitman ( menyembunyikan wahyu )
  4. fathonah ( pandai ) maka mustahi jhahil ( bodoh )
  5. bersifat jaiz ( mempunyai sifat layaknya manusia biasa )
Sifat-sifat Harus

Rasul dan Nabi adalah manusia biasa, justeru itu mereka sama seperti kita. Mereka memiliki segala sifat kemanusian. Mereka memerlukan makanan, minuman, berkahwin, tidur atau dijangkiti penyakit. Namun demikain segala sifat kemanusian yang mereka miliki itu tidaklah menjejaskan atau menjatuhkan taraf kenabian atau kerasulan mereka.


Rasul-rasul yang wajib diketahui ada 25 orang :

1. Adam AS.
2. Idris AS.
3. Nuh AS.
4. Hud AS.
5. Soleh AS.
6. Ibrahim AS.
7. Luth AS.
8. Ismail AS.
9. Ishak AS.
10. Yakub AS.
11. Yusuf AS.
12. Ayub AS.
13. Sueb AS.
14. Musa AS.
15. Harun AS.
16. Zulkifli AS.
17. Daud AS.
18. Sulaiman AS.
19. Ilyas AS.
20. Ilyasa AS.
21. Yunus AS.
22. Zakaria AS.
23. Yahya AS.
24. Isa AS.
25. Muhammad SAW.


Diantara 25 nabi tersebut ada beberapa nabi yang mempunyai nilai khusus dimata allah, sehingga di beri gelar ulul azmi( nabi dan rasul yang mempunyai ketabahan dalam menjalankan tugasnya):

1. Nuh AS.
2. Ibrahim AS.
3. Musa AS.
4. Isa AS.
5. Muhammad SAW.


Friday

ASMA UL HUSNA



99 Nama Allah SWT Asmaul Husna :

Di dalam kitab suci Al-Qur'an Allah SWT disebut juga dengan nama-nama sebutan yang berjumlah 99 nama yang masing-masing memiliki definisi / pengertian yang bersifat baik, agung dan bagus. Secara ringkas dan sederhana Asmaul Husna adalah 99 nama baik Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surat Al-Araf ayat 180 :

"Allah mempunyai asmaul husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan".

Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT beserta artinya :
1. Ar-Rahman (Ar Rahman) - Yang Maha Pemurah
2. Ar-Rahim (Ar Rahim) - Yang Maha Mengasihi
3. Al-Malik (Al Malik) - Yang Maha Menguasai / Maharaja Teragung
4. Al-Quddus (Al Quddus) - Yang Maha Suci
5. Al-Salam (Al Salam) - Yang Maha Selamat Sejahtera
6. Al-Mu'min (Al Mukmin) - Yang Maha Melimpahkan Keamanan
7. Al-Muhaimin (Al Muhaimin) - Yang Maha Pengawal serta Pengawas
8. Al-Aziz (Al Aziz) - Yang Maha Berkuasa
9. Al-Jabbar (Al Jabbar) - Yang Maha Kuat Yang Menundukkan Segalanya
10. Al-Mutakabbir (Al Mutakabbir) - Yang Melengkapi Segala kebesaranNya
11. Al-Khaliq (Al Khaliq) - Yang Maha Pencipta
12. Al-Bari (Al Bari) - Yang Maha Menjadikan
13. Al-Musawwir (Al Musawwir) - Yang Maha Pembentuk
14. Al-Ghaffar (Al Ghaffar) - Yang Maha Pengampun
15. Al-Qahhar (Al Qahhar) - Yang Maha Perkasa
16. Al-Wahhab (Al Wahhab) - Yang Maha Penganugerah
17. Al-Razzaq (Al Razzaq) - Yang Maha Pemberi Rezeki
18. Al-Fattah (Al Fattah) - Yang Maha Pembuka
19. Al-'Alim (Al Alim) - Yang Maha Mengetahui
20. Al-Qabidh (Al Qabidh) - Yang Maha Pengekang
21. Al-Basit (Al Basit) - Yang Maha Melimpah Nikmat
22. Al-Khafidh (Al Khafidh) - Yang Maha Perendah / Pengurang
23. Ar-Rafi' (Ar Rafik) - Yang Maha Peninggi
24. Al-Mu'izz (Al Mu'izz) - Yang Maha Menghormati / Memuliakan
25. Al-Muzill (Al Muzill) - Yang Maha Menghina
26. As-Sami' (As Sami) - Yang Maha Mendengar
27. Al-Basir (Al Basir) - Yang Maha Melihat
28. Al-Hakam (Al Hakam) - Yang Maha Mengadili
29. Al-'Adl (Al Adil) - Yang Maha Adil
30. Al-Latif (Al Latif) - Yang Maha Lembut serta Halus
31. Al-Khabir (Al Khabir) - Yang Maha Mengetahui
32. Al-Halim (Al Halim) - Yang Maha Penyabar
33. Al-'Azim (Al Azim) - Yang Maha Agung
34. Al-Ghafur (Al Ghafur) - Yang Maha Pengampun
35. Asy-Syakur (Asy Syakur) - Yang Maha Bersyukur
36. Al-'Aliy (Al Ali) - Yang Maha Tinggi serta Mulia
37. Al-Kabir (Al Kabir) - Yang Maha Besar
38. Al-Hafiz (Al Hafiz) - Yang Maha Memelihara
39. Al-Muqit (Al Muqit) - Yang Maha Menjaga
40. Al-Hasib (Al Hasib) - Yang Maha Penghitung
41. Al-Jalil (Al Jalil) - Yang Maha Besar serta Mulia
42. Al-Karim (Al Karim) - Yang Maha Pemurah
43. Ar-Raqib (Ar Raqib) - Yang Maha Waspada
44. Al-Mujib (Al Mujib) - Yang Maha Pengkabul
45. Al-Wasi' (Al Wasik) - Yang Maha Luas
46. Al-Hakim (Al Hakim) - Yang Maha Bijaksana
47. Al-Wadud (Al Wadud) - Yang Maha Penyayang
48. Al-Majid (Al Majid) - Yang Maha Mulia
49. Al-Ba'ith (Al Baith) - Yang Maha Membangkitkan Semula
50. Asy-Syahid (Asy Syahid) - Yang Maha Menyaksikan
51. Al-Haqq (Al Haqq) - Maha Benar
52. Al-Wakil (Al Wakil) - Yang Maha Pentadbir
53. Al-Qawiy (Al Qawiy) - Yang Maha Kuat
54. Al-Matin (Al Matin) - Yang Maha Teguh
55. Al-Waliy (Al Waliy) - Yang Maha Melindungi
56. Al-Hamid (Al Hamid) - Yang Maha Terpuji
57. Al-Muhsi (Al Muhsi) - Yang Maha Penghitung
58. Al-Mubdi (Al Mubdi) - Yang Maha Pencipta dari Asal
59. Al-Mu'id (Al Muid) - Yang Maha Mengembali dan Memulihkan
60. Al-Muhyi (Al Muhyi) - Yang Maha Menghidupkan
61. Al-Mumit (Al Mumit) - Yang Mematikan
62. Al-Hayy (Al Hayy) - Yang Senantiasa Hidup
63. Al-Qayyum (Al Qayyum) - Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
64. Al-Wajid (Al Wajid) - Yang Maha Penemu
65. Al-Majid (Al Majid) - Yang Maha Mulia
66. Al-Wahid (Al Wahid) - Yang Maha Esa
67. Al-Ahad (Al Ahad) - Yang Tunggal
68. As-Samad (As Samad) - Yang Menjadi Tumpuan
69. Al-Qadir (Al Qadir) - Yang Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir (Al Muqtadir) - Yang Maha Berkuasa
71. Al-Muqaddim (Al Muqaddim) - Yang Maha Menyegera
72. Al-Mu'akhkhir (Al Muakhir) - Yang Maha Penangguh
73. Al-Awwal (Al Awwal) - Yang Pertama
74. Al-Akhir (Al Akhir) - Yang Akhir
75. Az-Zahir (Az Zahir) - Yang Zahir
76. Al-Batin (Al Batin) - Yang Batin
77. Al-Wali (Al Wali) - Yang Memerintah
78. Al-Muta'ali (Al Muta Ali) - Yang Maha Tinggi serta Mulia
79. Al-Barr (Al Barr) - Yang banyak membuat kebajikan
80. At-Tawwab (At Tawwab) - Yang Menerima Taubat
81. Al-Muntaqim (Al Muntaqim) - Yang Menghukum Yang Bersalah
82. Al-'Afuw (Al Afuw) - Yang Maha Pengampun
83. Ar-Ra'uf (Ar Rauf) - Yang Maha Pengasih serta Penyayang
84. Malik-ul-Mulk (Malikul Mulk) - Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
85. Dzul-Jalal-Wal-Ikram (Dzul Jalal Wal Ikram) - Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit (Al Muqsit) - Yang Maha Saksama
87. Al-Jami' (Al Jami) - Yang Maha Pengumpul
88. Al-Ghaniy (Al Ghaniy) - Yang Maha Kaya Dan Lengkap
89. Al-Mughni (Al Mughni) - Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
90. Al-Mani' (Al Mani) - Yang Maha Pencegah
91. Al-Darr (Al Darr) - Yang Mendatangkan Mudharat
92. Al-Nafi' (Al Nafi) - Yang Memberi Manfaat
93. Al-Nur (Al Nur) - Cahaya
94. Al-Hadi (Al Hadi) - Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
95. Al-Badi' (Al Badi) - Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
96. Al-Baqi (Al Baqi) - Yang Maha Kekal
97. Al-Warith (Al Warith) - Yang Maha Mewarisi
98. Ar-Rasyid (Ar Rasyid) - Yang Memimpin Kepada Kebenaran
99. As-Sabur (As Sabur) - Yang Maha Penyabar / Sabar

kami :-|

My photo
Bangi, Selangor, Malaysia
biar sLekeh tP biJak, jGn mach0 tP banGang..